Uolls semua masa belum kawin mesti ada ciri-ciri lelaki idaman kan? (utk wanita sahaja. harap maklum. lelaki pun buleh kalo berminat, pada lelaki.) Kalau yang masih belum kawin pun sama le juga, nak pakwe yang hensem, suka dressing smart-smart dan lain-lain lagi.
Berikut adalah ciri-ciri lelaki idaman saya :
Hensem
Tinggi
Kulit cerah macam saya
Hensem lagi
Suka bersukan - outdoor games
Suka nyanyi + pandai main gitar
Pandai / ada pelajaran at least degree
Tahu bawak kereta
Gigi mesti cantik
Kelakar, pandai buat lawak
Good Looking hmm..hensem tu apa maknanya pulak?
Senang cakap, lebih kurang yang kat bawah ni lah
* * * * * * * * * * * * *
**teruja teruja, saya nak pelok**
Namun begitu, kita selalu mengalah pada Qada' & Qadar ALLAH SWT kan? Jarang sekali kita dapat apa yang kita nak. Memang DIA aje yang tahu siapa pasangan untuk kita. Pertemuan yang tidak dijangka merubah segalanya....
Lokasi : Manchester Central, UK nota kecil : sila abaikan muka saya yang bulat & kekurusan jejaka di atas pada ketika* itu. *tahun 2004
Ye, lelaki di atas yang saya kutuk dalam hati pada pandangan pertama itulah yang menjadi suami saya kini dan selamanya. OMG!
Adakah lelaki misteri itu menepati kriteria ciri-ciri lelaki idaman saya? Mari kita sama-sama lihat pada jawapan seperti di bawah. Let's cekitdaot :
Hensem pada pandangan mata saya walaupun tak reti nak melaram smart smart. sangat sempoi.
Tinggi - tidak termasuk dalam ruang lingkup kategori tinggi, sederhana tapi lebih tinggi dari saya. terima kasih
Kulit cerah macam saya - dia kurang cerah dari saya. tak dapat nak ditukar melainkan guna teknik Michael Jackson.
Hensem lagi
Suka bersukan - outdoor games - dia suka football. skrg otot lutut dah koyak, saya jugak yang kena apply cuti panjang jaga dia kat hospital sbb nak operation tak lama lagi
Suka nyanyi + pandai main gitar - tiada kemahiran dalam kategori ini. harap maklum
Pandai / ada pelajaran at least degree - nak sambung master tapi kena tunggu biasiswa
Tahu bawak kereta - dan juga tahu bawak motor (satu bonus)
Gigi mesti cantik - lagi cantik gigi dia dari gigi saya. aku malu
Kelakar, pandai buat lawak - sangat kelakar + kuat menyakat. anak buah lari lintang pukang kalau jumpa dia sebab tak tahan asyik kena geletek
Good Looking - walaupun dia tak berkulit cerah, saya pedulik apa orang lain nak kata!
Rupa-rupanya, saya telah menerima bonus tambahan setelah mengahwininya iaitu :
Pembersih
Rajin mengemas sbb saya tukang buat sepah. haha
Sungguh terror menyiang ikan dan ayam - saya jeles sebab opah punya lah puji kemahiran yang dimilikinya itu tatkala dia membantu opah di dapur
Suka kucing
Suka kanak-kanak
Teliti tak macam bini dia yang kelam kabut
Pandai mengaji
Tak suka membazirwalaupun saya masak tak sesedap Jamie oliver atau Nigella Bites, dia habiskan jugak. membazir itukan kawannya syaitannnn....
Tahu cara-cara nak buat bergedil kentang campur daging - sekurang-kurangnya dia boleh survive kalau saya 'ter' tak masak. eheh
Berbaloi-baloi kan? hehehe I lap you lah sayang
"Ya ALLAH Ya Tuhan kami, Kau berkati, rahmati & kekalkanlah perkahwinan ini hingga ke akhir hayat kami tanpa sebarang musibah, Kau berilah nikmat kebahagiaan kepada kami, murahkan rezeki dari sumber yg Halal & menganugerahkan zuriat yg sihat, sempurna serta soleh sebagai bekalan di akhirat kelak.. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN."
Sorry uolls, terlambat wish : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & becoming AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami 4u2c..ehh silap, Encik Adlan & Puan Aisya
Posted at 05:08 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. Comments (2)
Wednesday, October 28, 2009
.: Ulangtahun yang Pertama :.
Syukur Alhamdulillah.. pantas betul masa berjalan.. tengok calendar dah setahun saya & suami mendirikan rumahtangga..
Kad Ulangtahun untuk suami
Rasa macam terbayang-bayang lagi kami diraikan dalam majlis kenduri.. Alhamdulillah, sepanjang berkahwin, banyak perkara telah berjaya dilalui dengan baik.. masih banyak yang perlu diperbaiki pada diri sendiri dan masih terlalu banyak perkara perlu dipelajari. Saya sangat bersyukur kerana sang suami banyak membimbing dan bersabar serta saling bertolak ansur dengan si isteri yang sememangnya sangat becok ini..hehehe Suami juga sangat rajin membantu, sangat ringan tulang. Terima kasih Sayang!
Minggu lepas ikut my other-half ke Bukit Merah, dia ada meeting kat sana. Sambil tu singgah pekena Mee Udang kat Kuala Sepetang. Sangat kenyang meratah udang!
Mee Udang Special - RM11 semangkuk, hambik ko! Ada 7 ekor udang berenang-renang dalam mangkuk tu. (untuk peningkatan resepi, saya rasa kuah mee ni perlu dipekatkan lagi ye wahai Mak Jah )
Nasi Goreng Udang
Udang yang telah dicombinekan oleh kami (mee udang & nasi goreng)
Haa...gamba kat bawah ni sememangnya sangat lama..aktiviti family pada bulan July yang lepas..baru sekarang nk update.. Kami sambut birthday Yai (atuk) yang ke 87 tahun & ulangtahun perkahwinan Babah+Ibu Yat & Ayah Ein+Aunty Ani. Yang hadir adalah kesemua adik-beradik ayah + anak angkat Yai iaitu Uncle Nava.
Ucapan aluan dari abang sulung / pakcik sulung saya..
Ucapan dari Yai buat anak-anak & cucunda tersayang..
Dapat hadiah dari Yai the birthday boy (terbalik le pulak, birthday siapa pulak nih?)
*pics credit to Abg As
Posted at 05:38 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. Comments (1)
Monday, July 20, 2009
.: Berapa Banyak Handphone Saya Dah Guna? :.
Hehehe..kali nak borak pasal handphone pulak. Sepanjang anda hidup di dunia ini, dah berapa banyak handphone anda gunakan? Cuba ingat balik... Mari kita lihat berapa banyak koleksi handphone yang saya pernah guna :
Handphone PERTAMA saya Handphone ni ayah yang punya.. ayah dah start guna handphone sejak tahun 1990. Masa tu guna line 'ATUR'. Punya lah besar gabak handphone Motorola yang first time ayah guna tu. Saya tak sure lah ayah beli handphone Nokia yg kat bawah ni tahun bila. Tapi yang pasti, handphone ni saya dapat setelah buat muka kesian + ditambah dengan cerita sedih sebab terpaksa beratur panjang kat kolej kediaman UPM tunggu turn nak call family. Jadi, inilah handphone pertama yang saya gunakan dalam hidup pada tahun 1999.
Nokia 1994 - 2110 series
Handphone KEDUA saya Handphone ni handphone second hand..beli kat kedai jual handphone area Sri Serdang.. pujuk ayah untuk syer duit skit masa nak beli, hehehe. So handphone Nokia 2110 tu saya return balik kat ayah.
Motorola 8200
Handphone KETIGA saya Handphone ni tak ingat pulak beli kat mana..tapi masa tahun 2000 or 2001 kalo tak silap. Keluaran terbaru le jugak waktu tu. Minat nk beli handphone ni sebab dia slim skit berbanding handphone yang kedua. Oh, yang ni saya guna duit sendiri, trade-in motorola lama & tambah duit poket.
Motorola M3788
Handphone KEEMPAT saya Beli handphone ni kat Bukit Jalil..alah masa tu sibuk benor ada karnival bebas cukai jual handphone kt sebelah Stadium Bukit Jalil tu...semua orang berpusu-pusu beli handphone baru. Time tu jugak handphone ni glamer sebab takde aerial, pastu ada game 'Snake' yang menjadi kegilaan pengguna Nokia, hahaha. Trade-in handphone ketiga, beli yang ini. Kali ni ayah pulak yang tlg belanja. Tengkiu ayah!
Nokia 3210
Handphone KELIMA saya Bila dah kerja, saya beli handphone butterfly ni pulak..tak silap tahun 2003..beli dengan member.. second hand le. Suka dengan handphone ni sebab dia ringan & kecik + kiut.
Nokia 8250
Handphone KEENAM saya Pastu saya beli handphone ni kat Careefour Subang Jaya, sebelah ofis. Trade-in si butterfly tu untuk dapatkan yang ini.
Samsung SGH-X460
Handphone KETUJUH saya Terpaut hati nak beli handphone ni sebab ada camera & si samsung mula buat hal.. bunyi telefon ala-ala sayup je..rosak le tuh.. trade-in si samsung, beli yang ni kat Pertama Complex. Masih simpan lagi handphone ni sebab sayang & tahan lasak. Beli tahun 2004, handphone inilah menjadi penghubung diantara diriku & suamiku semasa kami berjumpa di Manchester pada ketika itu..ohhh...
Nokia 6220 - handphone pertama saya yang berkamera
Handphone KELAPAN saya Handphone ni my other-half yang belikan..time tu dia baru je start kerja tahun 2005 & kami guna handphone yang sama, dua-dua guna Motorola V3.
Motorola V3
Handphone KESEMBILAN & KESEPULUH saya Inilah handphone yang saya sedang gunakan sekarang...kaler pink (2007) tu dibelikan oleh cinta hati saya & kaler putih (2008) tu saya beli sendiri. Kaler pink tu untuk gayut call dgn cinta hati, yang satu lagi adalah talian hayat / hotline saya. Motorola tu kami dah jual dengan member yang berminat nak beli..lepas ni tak tau lah beli handphone apa pulak.
Sony Ericson Z610i & Nokia 6120
p/s : korang pulak?
Posted at 04:37 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. Comments (1)
Wednesday, June 24, 2009
.: Selamat Hari Bapa, AYAH! :.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH kerana berpeluang menyambut Hari Bapa bersama ayahanda tercinta baru-baru ni.. Syukur diberi peluang oleh ALLAH untuk menikmati saat-saat indah bersama ayah. Ayah tiada gantinya. Ayah adalah segala-galanya. Walaupun kami pernah diberi ujian getir dalam menjalani hidup sebagai sebuah keluarga, kami tidak lagi menoleh ke belakang dan meneruskan serta menghargai ikatan kekeluargaan ini sebaiknya. Ayah seorang yang tabah, begitu juga ibu. Ayah sedaya-upaya memberikan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Seburuk mana pun kami dimata orang lain, kami adalah yang terbaik untuk Ayah. "Ya ALLAH, KAU panjangkanlah nikmat yang kami kecapi ini.. Peliharalah Ayah, panjangkanlah usia Ayah dan berikanlah kesihatan yang baik untuk Ayah. Kami masih memerlukan Ayah disisi kami". Melihat rakan-rakan yang telah kehilangan Ayah dari sisi mereka, menimbulkan perasaan insaf untuk lebih menghargai dan menyayangi Ayah.
1998
1999
2002
Hari Ahad lepas, mama belanja Hi-Tea Father's Day di Grand Season Hotel. Yang bestnya, ada pertandingan menghias cupcakes untuk semua bapa-bapa yang ada masa hi-tea tu. Ayah nampak cuak betul sebab dia tak pernah pun masak, apatah lagi buat kek! Kami bukan main excited letak nama ayah masuk bertanding. Hehehehe.
inilah tempat 'perlawanan' bakal berlangsung.. ala-ala Iron Chef le pulak
Bahan-bahannya adalah...
sedang memikirkan idea.... "nak lukis mcmana lah kat atas kek ni.. ish budak-budak ni, saja je letak nama ayah dia suruh bertanding".
ifa tolong pakaikan apron
GO GO CAIYOK!! U CAN DO IT AYAH!!!
Dah tak sabar memulakan pertandingan
Tunjuk skill..
menghias dengan penuh khusyuk
kena kacau dengan pengacara majlis
Dah siap!!!
Ok lah tu ayah.. Thumbs up!
Dapat hadiah
kasut jogging Ayah dah rosak, dapat yang baru!!
Walaupun Ayah tak menang apa-apa, Ayah tetap menang dihati kami.
KAMI SAYANG SANGAT KAT AYAH!!
Posted at 04:50 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. *comment*
Sunday, June 14, 2009
.: Jom Jalan-Jalan :.
Wah wah wah... dah dua bulan tak update blog? Tersangat sibuk lah... macam-macam hal yang berlaku memang tak sempat langsung nak upload gambar + borak panjang dengan u all semua sejak dua menjak nih.. Pulak tu, laptop saya telah hilang kerana dicuri orang..huhuhu.. ni pun online guna laptop my other-half yang baik hati... Oh ya, lately saya kerap tukar url address blog ni kan? Sebab ada stalker dari Kulim mencari saya lah.. siapa ek?
Well, kita lupakan kisah si Kulim itu. Mari kita mulakan dengan cerita kami suami isteri yang kebelakangan ni banyak travel ke sana sini. Yelah..ini lah masa nya untuk kami luangkan masa..kalau tak, asyik sibuk dengan kerja.
Bulan Mac lepas (end of Mac), kami ke Bukit Tinggi, Pahang. My Uncle sponsor apartment kt Berjaya Hills for one night. Kira oklah, dapat rehat-rehat. Perjalanan ke sana pun sekejap je, tak jauh from Karak Highway.
Actually kami nak ambil gambar dengan si angsa putih nih..tapi dia berenang jauh pulak sambil mandi-manda
Kalau nak tau, abang ni pernah muncul dalam rancangan AC Disini season 1 dulu.. ni dia tengah khusyuk lukis gambar kami
End of April pulak, kami ke Bandung & Jakarta. Ni first time my other-half ke sana & kali ketiga buat saya. Trip kali ni disertai my frens, Kak Tasya & Faizal.
tarik tangga secara manual tu..guna tenaga manusia..takde guna kereta tarik mcm kt KLIA
di Tangkuban Parahu
Singgah makan di Kampung Daun. Keletihan sebab perjalanan jauh nak ke situ
Tengok pertunjukan angklung.
Posing kat Stasiun Bandung, tunggu train ke Jakarta
Posing lagi
dan lagi
Masa kat Bandung, kekasih hatiku telah mengalami demam panas..huhuhu..ciannya dia. Tengok mata dia, sepet semacam je kan? tu sebab alergi makan ubat high dose.
Udah sampei di Jakarta...
Ini le hasil tangkapan maut yang berjaya dilakukan.. duit tak bawak banyak sangat, so tak banyak le yg dapat di rembat. Banyak beli utk orang kirim.
Ayah kirim baju batik jawa jenis cotton (kanan), 8 helai ku belikan untuknya.
Kak Long kirim beli baju untuk anak dia, si budak gembol Syahirah
Awal bulan Jun, kami ke negeri Johor. Johor Bahru to be precise. Suami tersayang ada keje selama 5 hari di sana, jadi ketua panel penilai exam student electrical. So saya pun ambil le cuti temankan dia. Yahoooo!!!!
Kami menginap di Hotel J.A Residence di Jalan Wong Ah Fook. Yang bestnya, nak naik ke tempat parking kereta guna lift! Canggih wooo
Bilik pun ok, selesa lah untuk kami nak duduk sini 5 hari, esp saya yang jadi tukun ngadap laptop kat dalam bilik bila suami saya keluar bekerja. Paling syok, signal broadband internet saya teramat laju hingga boleh download macam2 movie! Bestnye!!SAYA RECOMMEND ANDA UNTUK MENGINAP DISINI jika ke JB. Satu malam RM130 je, gov staf RM115.Kalau banyak duit, tidur le kat Pan Pacific
Ni view yang boleh dilihat dari bilik kami.. tu kereta berpusu-pusu dari Singapore masuk ke JB. Seberang sana tu dah boleh nampak Singapore. Dari hotel boleh jalan kaki ke Kompleks Imigresen Malaysia then naik bas ke Singapore.
Memandangkan dari bilik sudah boleh melihat Singapore melambai-lambai ke arah kami, kami pun tidak membuang masa pergi ke sana. THANKS ALOT TO ALYSHA sbb banyak bagi guide nak berhenti kat station MRT yang mana kalau nak ke sesuatu tempat. Last time datang sini bulan August last year, itupun just nak beli kain baju pengantin saya then terus balik KL, tak ronda-ronda pun.
Cavenagh Bridge
Merlion Park
Anderson Bridge
Tekun mendengar perbincangan mereka
Singgah solat jamak kt masjid di Arab Street
Singgah makan kt Singapore Zamzam restaurant
Order Murtabak Zamzam & Mee Goreng(slurrpppp, nyam nyam)
Mee goreng yang habis licin, muat untuk perut dua orang. Murtabak yang sedap itu tak abis sebab perut dah kenyang makan mee. Tapau bawak balik JB.
Dah nak balik ke JB.. tengah tunggu MRT..kaki penat macam nak tercabut je. Lenguh giler!! baru pergi 3 tempat dah lenguh, itu belum lagi round satu Singapore.
Sepanjang duduk di hotel, sekali aje saya keluar makan tengahari kt City Square JB. Malas lah nak jalan sorang-sorang, lagi pun takut gak kalau ada yg cuba nak ragut dan sebagainya. Lunch biasanya order ajelah dari cafe hotel ni. Nasi Goreng Cendawan RM10.
Hari Isnin malam selasa, kami ke Pontian, rumah makcik saya. Hari Selasa malam Rabu, kami dibawa makan malam oleh rakan sekerja my other-half di Kampung Senibong, Permas Jaya. Tempat ni lebih kurang macam kat Umbai, Melaka. Makanan seafood. Macam-macam lauk tuan rumah order untuk kami : ikan kerapu 3 ekor, udang goreng 3 pinggan, Ketam 3 pinggan, siput gonggong 3 pinggan, tomyam 3 mangkuk dan sayur 3 pinggan. Total RM800 untuk 15 orang yang datang makan malam tu.
Rabu malam khamis pulak, student-student buat jamuan untuk kami di ZZ Sup Tulang. Tempat ni katanya memang famous dengan Sup Tulang Gearbox.
Amboi..makan tak pandang kiri kanan.
Hari terakhir on the way balik, kami singgah jap di Ayer Hitam.. beli buah naga dan durian belanda.
Then singgah pula ke rumah Pak Ngah di Kluang..
Pak Ngah jamu buah manggis yang baru dipetik pagi tadi kt belakang rumah dia. Fresh!
Kawasan rumah Pak Ngah ni seluas dua ekar.. Pak Ngah ni rajin ke tanah, kt belakang rumah dia tanam pokok sawit, buah manggis, rambutan, dokong dan lain-lain. Pak Ngah ada bela 6 ekor angsa.. tu tgh jalan buat latihan kawat kaki.
Dah sampai KL, keesokan hari kami ke hosp Ampang Putri. Aunty saya (adik ibu) operation buang fibroid..alhamdulillah dia selamat, takde sebarang komplikasi.
inilah fibroidnya.. besar jugak, macam besar otak manusia aje kan?
Get Well Soon Aunty!!!
Lepas tengok Aunty, pegi jengah anak buah kt Cheras, si kenit budak gembol
Fuhh...letihnya menaip entry kali ni..panjang betul cerita. Ok, ni nak packing barang, esok nak ke Kuching, ada meeting kat sana. Adios everyone!!!
Posted at 01:15 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. *comment*
Tuesday, March 31, 2009
.: Sungguh aktif diriku ini dibulan Mac.. hehehe... :.
Dear gentle reader, Maaflah ye sebab nak dekat sebulan biarkan anda menatap entry bulan Februari yang lalu tanpa sebarang perkembangan terkini. Memang ada banyak perkembangan terkini, tu sebab lambat nak update,hehehe.
Firstly, tahniah to my lovely bro yang baru saja kawin dengan gadis pojaan hatinya (actually he's my cousin, tp dah anggap + sayang dia macam abg kandung sendiri. Love u abang As!!). Oleh kerana gadis pojaan hatinya org Kedah, segerombolan geng dari KL telah didatangkan khas utk meriuh-rendahkan wedding abangku ini, termasuklah saya . Tok, nenek, pakcik, makcik, sepupu sepapat dan segala tujuh keturunan turut serta dalam rombongan ke Kedah, lebih kurang 20 buah kereta kot kalo tak silap. Lepas abis kenduri, 4 buah kereta memecut laju menuju ke Penang utk bercuti-cuti. Best!!
Peace!
Jalan-jalan di Pekan Rabu
My Other-Half sempat beli kopiah baru kaler hitam
Makan cendol dengan Wak Mukh
Inilah klinik Tun Dr Mahathir
Memandangkan place of interest tak byk sgt kt Alor Star, kami pun singgah le Rumah Kelahiran Tun.. saja jalan-jalan..
Tourist dari Russia. hehe. Peace Wak Mukh!!
Pantai Batu Ferringhi, Penang
Terjumpa Starfish, rasanya hidup lagi sebab masih lembut masa dipegang
Dah lama tak ke pantai..syok juga sekali-sekala ke situ. Me, My Other-half, Ifa, Adik & Adam sempat naik jet-ski, tapi lupa amik gamba daa...excited benor.
Those budak-budak kenit takut tgk ombak kat pantai, so rendam dlm swimming pool le jawabnya..
Welcome to Chung Ling High School! Three of them (ayah,uncle & cousin) dulu pernah bersekolah ke sini.
Anak-beranak
Dari Penang, me & My Other-half terus ke Kelantan. Dah byk kali gi Kelantan dgn My Other-half, asyik melepas je nak breakfast kt kedai ni. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke kedai ni tak silap masa umur 10 tahun, ayah yang bawa. Masa tu ayah keje kat Machang, tp ayah mesti bwk kami sekeluarga ke kedai ni everytime gi Kota Bharu. Kali terakhir saya singgah kedai ni tahun 2004. So kali ni, bila lalu dpn kedai & kedai tu buka, terus singgah tanpa membuang masa.
Kenapa saya begitu tergila-gila untuk breakfast kat kedai ni?
Mari kita lihat dulu betapa tangkasnya makcik ni mengemas meja..
INI LAH PENYEBABNYA!!! Ye tuan-tuan & puan-puan, hanya kerana dua keping roti bakar beserta kaya & mentega.
Roti tu dibakar dgn arang dimakan bersama homemade kaya (resepi turun temurun kot..rasa kaya tu mmg sedap, Kluang Station pun kalah!)
Back in KL, majlis menyambut menantu dibuat di Cheras.
Kami berdua telah ditugaskan utk jadi pengapit. Walaupun kami tidak menjadi pengantin pada kenduri tersebut, tapi ada juga terdengar sedara-mara yg cakap "eh, diaorang berdua ni bukan ke yg baru kawin aritu?" hehehe..glamer lagi ghopanya kami nih sbg pengantin baru...jgn marah..
Kuch Kuch Hota Hai
Ingat tak entry yg lepas cerita ttg birthday My Other-half? Haa...inilah birthday present untuk dia, a remote control helicopter. Apa pula yg saya dapat utk birthday present saya? Jeng jeng jeng..
1st..two pieces of La Senza sleepwear.. nak saya tunjuk gambo baju tido? No no no, sgt sexy okeh! (Oh ya, he's got a good sense in choosing sleepwear for his wife. auwww)
and also i got this!!! A new watch . Thank you Sayang!
Posted at 09:21 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. *comment*
Tuesday, February 10, 2009
.: Travelog HAJI - Mengubah Sempadan Iman :.
Dear gentle reader, Have u ever read this book? Kalau belum, it's a MUST HAVE book, guys... yeah, MUST HAVE. Kenapa? To me, buku me amat berlainan sekali dengan *buku-buku yang pernah saya baca (saya khatam dua kali baca buku ini). Buku ni saya mula baca last year, in Mac 08' if i'm not mistaken. Introduced by my father, yang banyak kali menghantar sms mengingatkan saya supaya beli buku ni cepat-cepat. At first, i was like "apa lah ayah ni, suruh beli buku haji...orang belum nak buat haji lahh...". Entah macamana masa merayap ke Minerva Jln Tar, ternampak buku ni. Beli. Sampai umah, simpan. Hampeh...
Sebagai manusia biasa, saya juga di uji. Sangat berat ujian ITU. Fitrah manusia, bila kita dalam kesusahan, DIA lah tempat kita mengadu. DIA lah segala-galanya dalam hidup. Ya ALLAH...aku sedar ENGKAU menyayangi aku... Entah macamana, lepas selesai solat & membaca surah Yaasin, terpandang buku ni terselit diantara buku-buku di rak simpanan. Ambil. Baca intro. Hmm..mcm best..
BUKU INI MEMANG BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Setiap helai yang dibaca membuatkan saya tak sabar nak menjengah mukasurat seterusnya. Even tak sabar, rasa sayang nak habiskan membaca pun ada. Kalau boleh tak nak buku ni ada penghujung nya. Rasa nak baca lagi dan lagi...
Buku ini telah membuka pintu hati saya kepada dua perkara iaitu: *Nak start menabung untuk mengerjakan Haji (tindakan telah diambil, good girl Aisya!) *ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA AGUNG, MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG...
Kenapa saya kata macam tu? Selama ni pun memang saya tahu DIA memiliki segala sifat-sifat di atas. Tetapi pengalaman yang dilalui oleh penulis telah membuka lebih luas lagi pandangan saya terhadap kebesaran Yang Maha ESA. Mengalir airmata saya sewaktu membaca mengenai kebesaran & kekuasaan Yang Maha ESA. Ya benar, ALLAH itu amat menyayangi hambaNYA. Jangan sesekali kita menyesali setiap perkara yang berlaku dalam hidup, samada yang baik atau buruk, kerana apa yang telah kita lalui itu adalah perkara TERBAIK yang diberi untuk kita. Ingat, yang baik itu datangnya dari DIA, yang buruk itu semestinya disebabkan kekhilafan kita sebagai manusia. Yang penting, kita harus tabah jika ditimpa musibah atau dugaan. Tidak perlu kembali kepada ALLAH setiap kali dalam kesusahan, seharusnya kita sentiasa berada di landasan ALLAH setiap masa, tak kira susah atau senang. Kelekaan dan kealpaan tidak akan menjamin kebahagian dunia & akhirat....itu yang pasti...betul kan?
Ok ok, dah macam ustazah bagi tazkirah le pulak.
Once u read, u'll know what i mean guys. Beli cepat!
Baru je beli buku terbaru penulis tersebut. Tak sabar nak baca. Excited macam baru beli handbag Coach baru
* diantara buku-buku yang saya dah baca.. walaupun saya kaki shopping, saya juga rajin membaca ye...
Posted at 10:11 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. Comments (3)
Monday, February 02, 2009
.: Happy Birthday to you SAYANG!! :.
Last Saturday was my Other Half birthday. He was sooo happy sbb this is the first time he celebrate his birthday as part of our family. Dan, dia telah di celebrate sebanyak 3 kali! Amboi amboi amboi... sukanya dia...
Mula-mula plan nak lunch dengan ibu & my siblings sbb dah lama we all tak hang-out / makan-makan kat luar. Ibu suruh both of us pegi ke Spices Delight Restaurant, jumpa kat sana. Baru 5mins kami letak punggung, waiter datang bwk birthday cake & we all pun nyanyi le lagu "Happy Birthday to you..".Surprise gitu..
Make a wish & blow out the candle
Happy
Birthday boy sangat suka dapat hadiah & birthday card from ibu,ifa & adik
SMILE!!! (oh ya, idea memakai topi party itu adalah datangnya dari ibu saya, harap maklum )
Malam pulak ayah ada buat tahlil & doa selamat.. after solat isya', celebrate lagi sekali birthday my Other Half. Suppose celebrate dgn my cousin (abg as, family sebelah ayah) but unfortunately he wasn't there, outstation.
Semua org sudah tidak sabar utk menerkam dua biji cake Secret Recipe itu
Ololololo...
Malam esoknya pulak, sambut birthday lagi kat rumah opah, family sebelah ibu. Ada sorang lg cousin (Adriana) pun lahir bulan January.
Sampai sekarang saya masih lagi belum belikan hadiah utk my Other Half. Nak bg perfume, itu hari hantaran kawin dah bg perfume, tak berusik pun lg. Baju, kasut, jam tangan, dia dah ada. Bila tanya nak hadiah apa, buat ala-ala control hensem konon tak nak apa-apa hadiah. Haihhh...malu-malu le pulak mamat nih. Takpe, weekend ni nak bg last offer kat dia, kalo tak, offer itu burn! hahahaha *tanduk*. Jangan dia mtk TV Plasma 50" sudah, kopak den!
Posted at 10:40 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. Comments (1)
Tuesday, January 20, 2009
.: Sepuluh Hari di BALI.... :.
Hello kawan-kawan!! Okey, entry kali ni saya nak kongsi pengalaman saya with My Other-Half bercuti sakan di BALI. Sepuluh hari di BALI. Ya ampunn... memang syiokk gilerr lah.. rasa nak pegi lagi jer. Sepuluh hari tak cukup sehh.. sebulan kot baru betul-betul feel. We all dapat 'cover' sekitar Selatan dan Timur BALI je, Utara dan Barat tak sempat, maybe next time, insyaALLAH!
18 December 2008 We all berangkat ke BALI pada 18th December 2008 until 27th December 2008. It took nearly 3hours journey by flight (we all naik flight MAS, superb!!). Flight dari KLIA pukul 4.35ptg and we reached Ngurah Rai Airport around 8.00pm. Kami dijemput oleh tourist guide, Pak Aris & Pak Dwi dan terus gi McD sebab nak bincang tentang our itenary sepanjang 10 hari kat BALI. Pastu baru le check-in kt Holiday Villa Diwangkara, Sanur.
Yg saya bulatkan tu kawasan we all dah pergi
At KLIA, tengah isi borang imigresen
Dapat tengok sunset dalam flight
Halalan Toyyiba.. hehehe
Alas perut dalam flight, Alhamdulillah makanan sodap.
Welcome drinks by Holiday Villa Diwangkara.. minum kt tepi pantai sambil dengar muzik akustik.. romantic you..
Ini le bilik kami, luas gak bilik ni
19 December 2008
Our first activity kat BALI, kami ke Ground Zero at Legian Street. Kat sini dapat tengok memorial mangsa bom BALI. Tak silap dalam 202 orang yang dicatatkan terkorban dalam pengeboman tu, majority Australian (rasanya lebih dari 202 yang terkorban, tapi tak direkod).
Ok, meh sini saya ceritakan tentang kejadian bom berlaku. Mula-mula ada satu letupan kecil kat bangunan ni (berani mati weii, letup bom kat badan sendiri).
Opposite bangunan tadi tu adalah kawasan ni. Nampak tak ada pagar dan rumput hijau tu? haa.. kat situ dulu ada disco, tapi skrg da jd tanah lapang dan takde org nak buat bangunan. so, masa letupan kecil kat bangunan td tu berlaku, semua org yg ada kt dalam disco tu keluar dan berkumpul kat kawasan yang ada tanda bulat tu..kat kawasan bulat tu pulak, ada sebuah van yang berisi penuh dengan bahan letupan. bila dah ramai org berkumpul, van tu pun diletupkan dan disco tu yang paling teruk kena tempias letupan. jadi ramai lah yang terkorban....
Letupan dari van tu meletup sehingga 500 meter dari tempat kejadian...bayangkan lah mcmana teruknya keadaan masa tu.. no wonder lah kes bom ni dpt liputan meluas dan tertuduh dijatuhkan hukuman tembak.
Salah seorang mamat dalam gamba ni adalah diantara mereka yg terkorban
Dari Legian Street, kami gi tengok Barong Dance, a classic tale of the fight between good and evil represented by Barong and Rangda
Shopping souvenir di KRISNA, tempat ni fixed price, tapi harga ok dan barang berkualiti
Singgah Planet Hollywood jap, beli souvenir
At Pantai Dreamland, cantik giler pantai ni, laut memang biru. Dulu pantai ni terkenal sbb mat salleh banyak buat free show@tiger show@bogel show kat sini. tapi masa kitaorg pegi takde pulak yg buat free show, melepassss.... hehe
Entrance Pantai Dreamland
Ni pulak kat Uluwatu.. such a beautiful place.. cantik sangat scenary kat situ.. To me, this is the most spectacular temple on the island of Bali. Maha Suci Allah yang telah menjadikan tempat ni begitu indah.. utk pengetahuan semua, tempat yg kami tengah berdiri tu bukan diatas bukit ye, ianya adalah BATU KARANG!! ya ampun, terkejut badak bila tourist guide bgtau ttg hal tu. Mcm tak percaya je, mati2 kami ingat kawasan tu adalah kawasan lereng bukit.
Kat sini kami kena berjalan kt tepi lereng 'bukit' batu karang.. memang gayat lah kalo jenguk ke bawah, rasa macam nak jatuh je. Gambar kami berdua tu diambil masa kami tengah berdiri kat hujung 'bukit' tu (gamba kiri).
I try not to mention much about the monkeys here. Precautionary signs have been put at a few places to remind about their aggressiveness. Banyak monyet woo kt Uluwatu nih... sesapa yg pakai cermin mata @ topi kena hati-hati sbb monyet ni suka ambik.
Di tempat yang sama we all tengok persembahan Kecak Dance sambil matahari terbenam... bestnya! Kecak dance is one of the most famous of Balinese dances. It is unusual because it has no musical accompaniment like many other Indonesian dances do, the rhythm of the dance is produced by the chanting 'monkey' chorus. Seramai 70 org lelaki yg terlibat making a wondrous cacophony of synchronized "chak-achak-achak" clicking sounds while swaying their bodies and waving their hands. From that chanting noise of "Cak-cak-cak", then it gave the dance its name Kecak.
The dance is played in five acts and lasts roughly 45 minutes. It taken from the Hindu epic Ramayana. Sempat bergambar dengan Hanoman (right pic),who helped Prince Rama fight the evil King Ravana.
Dinner at Aroma Cafe, Jimbaran Beach. Best betul makan malam with My Other-Half kat tepi pantai sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa & disinari cahaya bulan... heaven! Tapi yg tak heavennya, food price quite expensive la. Jangan ambil banyak sgt makanan, kalo tak teruk nak membayar.
Sambil makan, we all panggil diaorg ni nyanyi dua buah lagu. pastu kena lah bg tips ikut mana yg nak kita bagi
20 December 2008 Second day kat BALI, pagi-pagi we all breakfast kat hotel.. as usual, tepi pantai adalah favourite spot kami.
Bergambar di Pantai Sanur.Pada masa kolonial Belanda, Pantai Sanur terkenal sebagai lokasi pendaratan bala tentara Belanda.
Dalam pukul 12tgh, we all check-out sebab nk check-in kt tempat lain. Saje try dua buah hotel so that boleh buat comparison. We all habiskan balance 7 hari dengan menginap di Seminyak Suites.
Lepas check-in, tourist guide bawak ronda-ronda sekitar Kuta. We all mmg request nak berjalan area dekat-dekat since tempat yg menarik utk dilawati agak jauh dan hari pun dah nak malam. Kami pun ambik kesempatan utk kenal area Kuta so lepas nih senang nak travel sendiri tanpa tourist guide.
Singgah Carrefour beli stok utk mengunyah sambil tengok tv kat hotel
Lenguh meronda, singgah minum kat Stadium Cafe,Kuta sambil layan tengok football match Indonesia VS Thailand
My fav drinks, Alpukat Juice (left)
Lepas minum, ronda-ronda lagi kat Kuta Square. Happening le kat sini..banyak kedai jual brgan branded
21 December 2008
Seminyak Suites yang we all duduk tu tak dijamin ke'halal'an makanannya. So both of us sangat soka breakfast kt Dunkin Donuts nih sbb sandwich disini sangat sedap pada pendapat tekak kami berdua.
Destinasi pertama kami pada hari ini ialah ke Ubud serta beberapa kawasan sekitar utara BALI. BALI ni ada banyak temple yg disebut sebagai Pura (pronounce as Pu-Re). Majority penduduk kat BALI beragama Hindu, tapi tak susah sebenarnya nak cari makanan Muslim. Itu sebabnya masa first time nk hire tourist guide, kami cari yg beragama Islam, so senang nak cari makanan halal. Kalau fast food; Dunkin Donuts, McD & Pizza Hut memang halal sbb ada sijil pengesahan halal dari Majlis Ulama Indonesia.
Puri Agung Ubud adalah salah satu istana zaman dulu . Tempat ni dibuka kepada public utk datang dan melakukan aktiviti kesenian. Pelawat dibenarkan utk masuk ke dalam & tengok kawasan persekitaran istana.
Gambar kiri tu, anak-anak muda tgh training tarian kebudayaan BALI. Gambar kanan tu pulak, ada dua org anak mat salleh tgh belajar main muzik BALI. Tiap-tiap minggu anak mat salleh tu dtg belajar tau.
Boleh dikatakan seminggu dua kali mesti ada upacara keagamaan kat Pura. So penduduk tempatan akan keluar beramai-ramai pergi ke Pura yg berdekatan utk upacara keagamaan.
Minah-minah ni pun tgh bersiap-siap nak gi Pura (kecuali yg berkacamata hitam itu ye)
Ha..ni bukan Pura tau, tp ni pintu masuk rumah penduduk di Ubud. Kalo nak tau ada berapa ramai penghuni rumah, boleh baca kt papan tanda kaler hitam sebelah kiri tu. Kalo ada tiga papan tanda, maknanya ada tiga buah family yg duduk dalam satu rumah.
Shopping perhiasan rumah dilereng bukit. Ada byk sangat kedai yg jual hasil kerjatangan penduduk tempatan. Sempat le jugak kami memborong barang kt sini.
Singgah minum air kelapa di Teras Padi Cafe, Tegallalang
Posing berlatarbelakang kan Gunung Batur di Kecamatan Kintamani. Gunung Batur telah berkali-kali meletus dan masih aktif. Kegiatan letusan Gunung Batur yang tercatat dalam sejarah dimulai sejak tahun 1804 dan letusan terakhir terjadi tahun 2000. Jangan tak percaya, 'batu' yg kami tengah duduk bertenggek tu sebenarnya lava dari gunung berapi tau. Memang luas sangat kawasan yang terkena ledakan gunung berapi tu. Lava yang dah keras ni digunakan utk buat dinding rumah, jalanraya dan sebagainya.
Lava
On the way balik, singgah ke Tampaksiring. Kami dibawa ke ladang pembuatan kopi & teh, dapat minum free!
Ni pulak salah satu Pura yang dipanggil Tirta Empul. Kat sini tempat utk mandi menyucikan diri bagi penganut agama Hindu
22 December 2008
Actually, activity pertama kami pada hari ni ialah nak gi pantai. Ada satu tempat utk sesapa yg minat dengan sports water boleh lah ke sini (lupa le pulak nama tempat tu). Tapi, chargers yg dikenakan bagi kami mcm mahal, tak berbaloi. Nak naik "Banana" mcm kt Port Dickson tu bayaran RM200. Kalo "Fly Fish", RM120 (dua org boleh naik & terbang pada jarak 100meter dalam masa 20minit. Mahal kan? baik den gi shopping, hehe. Oleh yg demikian, kami pun menuju ke Pasar Sukawati utk membeli belah....
kat Pasar ni, boleh bargain. Ada byk kedai yg menjual brgan yg lebih kurang sama aje.. Kena pandai bargain lah ye. Kalo peniaga tu letak harga awal Rp300,000 u all bargain mtk Rp90,000. Cuma tak selesa bila asyik kena kerumun dgn peniaga kt situ.One more thing, kt sini takde aircond, panas skit lah. Even takde aircond, nak dekat 3jam le jugak den mengabihkan duit kt sini, hehehehe.
Lepas penat shopping, kami ke Bedugul. Kawasan ni sebenarnya tasik, tapi tak nampak sebab ada kabus tebal (baru lepas hujan). So tak dapat lah nak ambik gamba yg menarik. Sejuk woooooo
Singgah kt pasar berdekatan tasik tadi utk beli ole-ole & kerepek yg tak penah dilihat di Malaysia
Restoran "Bu Tinuk" diantara restoran kegemaran kami sbb lauk sedap & harga berpatutan.
Sebagai penutup dihari kelima, shopping skit kt beberapa factory outlet. Brand Quiksilver, RipCurl, Billabong & Roxy paling banyak dijual kat BALI.
23 December 2008 Okey, hari keenam ni banyak focus kepada melawat kawasan bersejarah ditimur BALI. Quite tiring jugak le.. sbb jarak diantara satu tempat ke tempat yg dilawati agak jauh (1-2 jam sehala).
tempat pertama ialah di daerah Klungkung
Di balai Kertha Gosa.. Kerta Gosa bererti tempat permbahasan berkenaan situasi keamanan, kemakmuran serta keadilan wilayah kerajaan Bali. Balai ni dulu-dulu tempat utk perbincangan dan ala-ala mahkamah. Ada 6 buah kerusi, satu utk Raja merangkap Ketua Hakim, satu penasihat Raja dan selebihnya org kanan Raja. Rakyat yg dibawa utk perbincangan atau penghakiman, kena duduk diatas lantai menghadap Raja. Yang menjadi daya tarik dari balai Kerta Gosa ini adalah kt atap/bumbung bangunan terdapat lukisan-lukisan wayang yang menceritakan tentang kehidupan sehari-hari, karma phala, ramalan gempa dan falsafah hidup. Jika didapati bersalah, pesalah akan dikenakan hukuman pancung kepala di tempat ni.. ngerinye....
Museum didaerah Klungkung
Stop kejap ambik gamba di Pantai Candidasa. Candidasa terkenal sebagai replika pantai Kuta sbb memiliki pasir yg putih & laut yg cantik. Sesuai utk aktiviti sukan air spt sun bathing, canoing, snorkling, fishing dll. Nampak tak ada mcm bukit kt belakang tu? haa...itulah Pulau Lombok, dekat je.
Ok, ni pula kawasan masyarakat asli di Tenganan. Masyarakat org asli BALI dikenali sebagai "Bali Aga". Masyarakat kt sini masih mengamalkan dan berpegang teguh kepada cara hidup nenek moyang mereka bahkan siap ada kalendar tahunan sendiri.
Rumah asal penduduk Tenganan yg diperbuat dari tanah liat
Kami panggil ayam laga ni ayam Selangor, sbb kaler mcm bendera Selangor. Masyarakat Tenganan masih aktif bertaruh dlm perlawanan ayam laga. Garang woo ayam laga ni.
Pakcik ni melukis menggunakan benda bulat warna hitam tu dan dilukis kt sehelai kulit pokok.. tak boleh salah lukis, kalo salah, burn. Kena buat yg baru. Dia jual lukisan yg kt dlm gambar tu Rp300,000 (RM120), tak kuasa den nak beli lah..
Posing berlatarbelakang Gunung Lempuyang
Tempat ni sangat menarik.. menurut tourist guide, ini adalah istana kerajaan Islam terakhir yg ada di Bali..skrg da takde dah, jd tempat pelancongan je.
Taman Soekasada Ujung dibangun pada tahun 1919 pada masa pemerintahan Raja I Gusti Bagus Jelantik (1909 – 1945). Ini le gamba raja yg memerintah.. ANAK AGUNG ANGLURAH KETUT KARANGASEM
Bangunan kaler putih tu adalah istana. Kawasan sekitar istana ni dulu pernah jadi tempat pertempuran peperangan diantara kerajaan Islam dengan kerajaan Lombok yg datang menyerang.
Kemudian kami ke Tirtha Gangga (Water Palace), tempat para raja-raja Bali Kuno mencari kedamaian dan ketenangan, air yang jernih diibaratkan jernihnya air Sungai Gangga di India. Taman Tirta Gangga dibangun pada tahun 1948 oleh Raja Karangasem Anak Agung Agung Anglurah Ketut Karangasem.
Punyelah besar gabak ikan koi nih..mau sebesar betis agaknya
Tanah Lot dikenal sebagai tempat terbaik untuk menyaksikan pemandangan sunset di Bali. Pura Tanah Lot merupakan salah satu pura suci terbesar di pulau Bali. Disini juga sering diadakan upacara-upacara besar umat Hindu Bali. Masa we all kt sini, dpt le dengar suara sami tengah 'mengaji'.
Posing sambil tgk sunset...
Dinner kt restoran Plengkung (bukan pelangkung ye kawan-kawan..hehe)
24 December 2008
Oleh kerana dah berhari-hari jalan jauh, both of us pun sangat excited untuk men'SPA'kan diri. Kami pilih hotel "Febri's" sbb ada disediakan tukang massage lelaki for My Other-Half. dan ini adalah pertama kali My Other-Half men'SPA'kan diri, dia lah yg terlebih excited sebenarnya..hehe. Kalo tak kesian le dia kena tunggu 3jam kat lobby hotel. Price very reasonable, jauh lebih murah kalo kt Malaysia.
welcome drinks. masa tgh minum ni, kita disuruh pilih jenis-jenis scrub (contoh disediakan kat dalam 4 bekas bulat atas meja tu) yang akan digunakan masa massage session. both of us pilih Green Tea Scrub.
Setiap seorang pelanggan akan ditempatkan dalam sebuah 'rumah', tak campur dengan org lain. Tak silap ada 30 buah 'rumah' kat situ. Memang syiokk giler...nyaman je...
Bergambar dgn therapist masing-masing
Lepas abis sesi SPA, perut pun lapar. Dari Febri's we all jln kaki je pegi Discovery Shopping Mall. Kat sini ada mcm2 kedai, just named it. Pizza Hut kat sini ada mcm2 menu weii... tak terpilih dibuatnya.
Dessert, cake Tiramisu
Posing depan Discovery Shopping Mall
25 December 2008
Sebenarnya we all mmg seriau gak nak meronda hari Krismas ni.. yelah, ramai yg takut kejadian bom akan berlaku. So, kami tak berani nak ke town Kuta... Kuar dari hotel dlm pkl 9.30pg, singgah "Kampung Bali", nk survey souvenir. Tapi kat sini mahal, KRISNA lagi murah. Ada lah beli skit utk kenangan. Pastu kami pegi ke Bali Mall & Duty Free Shop Galleria aje..
Duty free ni ada byk Designer Brand such as COACH (auww, my fav. hampir2 nak sambar 1, tapi rasa mcm tak berbaloi..kt KL lg ok price nye), DIOR, BURBERRY etc.
Ni pulak BALI MALL.. panas skit kt sini sbb angin luar masuk ke dalam bangunan.. aircond tak rasa sgt.
mamat pakai baju biru tu mula jd tak keruan bila tgk sports item discount gile2. dia pulak yg excited.
hmm..rembat kasut nampak?
den dapat rembat oreo ajelah..huhuhu
Dah byk kali den pegi Indonesia, tak penah le pulak tergerak hati nk cuba mkn kt kedai Es Teler nih. Bila sekali dah cuba, memang nak lagi!!
Sangat soka tgk plastic bag & kotak makanan Es teler nih, fancy!
26 December 2008 Hari ni pulak kami buat keputusan utk berjalan kaki sekitar town Kuta.. saje nk tgk dari dekat area Kuta nih.. selalu naik mobil je.
ini selalu digunakan utk sembahyang oleh penganut Hindu.. biasanya diletakkan didepan rumah/kedai/pintu. Korang mmg akan nmpk benda ni bersepah-sepah kt memana
kalo kehabisan fulus, ATM mmg ada & bersepah kt town Kuta nih, tak pyh pening kepala nk cari Money changer.
ini le Pantai Kuta, tempat fav those yg suka surfing
Malam terakhir di BALI, My Other-Half telah merancang satu surprise Candle Light Dinner utk kami berdua.. patut la dia nampak excited semacam je bila ajak utk bersiap keluar mkn mlm, rupanya dia dah berpakat dgn our tourist guide utk cari tempat yg romantic for our dinner.. thank you sayang...
Dinner kt tepi pantai..tempat dinner ni khas utk pasangan yg sedang Honeymoon sahaja.. so bila ada mat salleh yg lalu lalang kt tempat kami makan nih, ada yg senyum & ucap tahniah pd kami. So sweet..
27 December 2008 Today is our last day..huhuhu..cepat sungguh masa berlalu.. lepas check-out hotel kami terus ke airport.. lepak kt airport je sementara tgu flight.
dalam ERL
Sebelum berangkat ke BALI, My Other-half awal-awal lg dah bgtau "Kita pegi honeymoon, takmo fikir pasal shopping ye sayang. Kita jln2 tgk tempat org. Kalo nk shopping, sayang shopping kt Bandung ye." Tapi nampak gayanya suami ku ini yg shopping melampau kat BALI, hehe. Dia pulak yg excited tgk brg2 yg sana. Tempat pelancongan pun sgt menarik & masih dipelihara. Rasa macam nk pegi lagi je.. insyaALLAH soon kami akan kembali ke BALI .
Posted at 12:58 pm by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. Comments (4)
Tuesday, January 06, 2009
.: Gambar Kahwen-ku :.
Hello friends! Hello 2009!! Yay, dah masuk new year! Hmm... Azam baru? Tak dapek nak nolong senah oii...yg dahulu kala punya azam pun ada yg ter-miss lagi.. But, probably making babies kot, auww [ umoq dah meningkat... ] Alhamdulillah, 2008 memberikan banyak pengalaman yg tak ternilai bg diri saya. Pahit manis masam masin semuanya ada. Perfecto! I never regret anything that has happened to me in my life.. i believe it will make me a better person, insyaALLAH...Amiin..
Anyway, gambar kahwen dah dapat, yippie! I'm a wife now! Hehe Thanks to my photog [ Bro Azlee Samad ] who did a gud job during my big day! Enjoice everyone!
Start with a very simple hantaran from both of us..
For the Groom : Pierre Cardin belt, G2000 Tie, RAOUL long sleeve, Paco Rabanne perfume set, Camel Active shoes & Pierre Cardin wallet + card holder
Fondant Cake, Al-Quran (thx to Amal), Crabtree & Evelynn bath + face towel, Chocolates, Pudding
For Bride : Mas Kahwin, Bath towel, Dolce & Gabbanna Perfumes set, Telekung, Sirih Junjung, Jewelleries, Cookies, Sejadah + Al-Quran, Liz Claiborne Handbag + Wallet, Nine West pump shoes, Crabtree & Evelynn Bath Set
With Ibu, Ifa & Ariff
an hour before i leave my title as 'Miss Aisya'
Solemnization..akad by my father
Amiin..
Our Wedding Ring..
and Bracelet
Ayahanda
Bonda
~ Preparing for reception (Bride's side)
Makeup session
Kak Iza & Kak Afiah
Let's start!
Dewan Pusat Komuniti Taman Ibukota
Izad & Sabry with their family
from Perlis & Kuantan team .. thx for coming ya..
my UPM classmates..seronoknya tgk u all dtg!
kawan2 asrama - ada yg masih single & ada yg dah beranak pinak
Familia
Familia
~ Reception (Groom's side)
alahai manjanya..
with Kak Ayin's family
family yg pantang nampak camera
makan cendol
Habis sudah...
Acara membuka hadiah adalah yg paling best! hehe. Terima kasih byk2 kepada yg menghadiahkan kami macam2 jenis hadiah. We really love it!! Can't wait to use it at our new crib soon [but not so soon lah,hehe]
a special delivery from lynda..tq dik..
hadiah di majlis langat
mak intan & ayah ein tengah teka hadiah. siapa betul hadiah tu dia punya. amboi amboi amboi....
hadiah di majlis gombak
Terima kasih kepada semua!!!!!
Next entry : Honeymoon!!
Posted at 11:19 am by ikutsukahatisaya laa.. tuan tanah blog nih.. Comments (1)